cara memotong stiker menggunakan puncher: diy


assalam,

selama ni saya ada terima banyak pertanyaan berkenaan stiker, cara potong, bagaimana buat cupcake topper??

ok sebenarnya stiker saya tak buat, saya pilih design yg saya suke, hantar pada designer saya, dan dia akan buat.. tq pada designer saya yg buat semua kerja printing utk partykru selama ini... pada yg pandai design mmg advantage sgt sebab boleh reka design sendiri, tinggal nk crop ajer..

ok tapi bagaimanakah saya potong stiker tu, gunting ke???? no, saya malas haha..

ini ada sedikit tutorial ya..

1. dapatkan gambar yg anda ingin potong.. kalau dlm ironman party, saya crop gambar pada goodie bag drpd komik anak saya hehe.. camni
imej dr komik dicrop tampal pada doilies
ini komiknya.. senang, jimat..
                         
ini saya tempah dr designer.. utk mudah, cari imej yg awak suke di internet, dan beri pada designer.. pilih kertas, nak kertas tebal ke, atau kertas stiker.. or buat sendiri lg best kan.. beritahu saiz yg anda nak.. diameter dia tu..

2. anda mestilah mempunyai round puncher seperti ini:

round puncher saiz 2.5 inci.. 
dari belakang. brand ek success
masukkan kertas ke dalam puncher dari belakang dan crop. beza puncher kertas yg lubang 2 tu kita punch dari depan kan.. yg ni dr belakang.. dont worry senang jer.. saiz stiker anda mestilah ikut saiz puncher ya sewaktu dibuat/ditempah.. mcm saya saya tempah diameter 2.5 inci, sama seperti puncher..
hasilnyaaaaaaaaaaaa..
cara guna hanya seperti puncher kertas biasa shj. masukkan kertas dan crop..

puncher ini saya beli di website scrap & crop. brand Ek Success. saya pernah beli brand lain tapi x seteguh kesayangan saya ini. kalau yg ini saya boleh crop kertas yang tebal... syg sgt bende ni. dulu time takde duit, takde keperluan pun beli, sebab takut x de stok haha.. sewel.. pemilik web scrap & crop, valerie adalah sgt baik. dia akan response sepantas kilattttt dan sgt helpful.. harga untuk puncher ni termasuk pos ke melaka dlm rm95 camtu.. harga asal RM80++.. so itulah rahsianya pembuat stiker memotong dengan kemas ye..

ada pelbagai bentuk macam scallop, love, patsegi. maka silalah ke web scrap-n-crop or call valerie 0123862869.. i baca website dia tapi x faham sebab a bit complex. ingat lagi i mula2 sms dia i attached gambar puncher yg i dpt from google, dgn redho dia membalas dan memberi pautan yg sepatutnya ke website dia.. well u can smell the nice person.. ada seller online, ko tanya pelik2, takde hala tuju macam, "hi val, i really3x wanna buy this rotary scissors, can u help me?" x sume org nak lyn kau. da le rotary scissors tu x der kaitan, main buta2 jer sebut dr google, patutnya round/scallop puncher haha. ada yg mungkin x jwb langsung, senyap jer, or jwb "go to my blog".. but val is the nicest..

klik "puncher" untuk melihat puncher di www.scrap-n-crop.com.. ada macam2 jenis ye, kena pilih..

3. selepas mendapatkan potongan yg anda sukew itu. bolehlah deco ngan riben ke, or tambah lollypop stick ke utk buat cupcake topper.. lollypop sticks/doilies paper boleh beli di kedai bakery supplies. tanya jer dorang.. guna kertas pape pun ok. cuma kalau nak buat cupcake topper jgnlah kertas yg nipis sgt.. boleh jugak tampal atas doily paper.. terpulang.. mengikut kreativiti masing2 ya.. saiz puncher yg sesuai adalah 2 inci dan ke atas ya.. mcm saya punya ni, 2.5 inci.... kecil dari 2 inci, takut kecik sgt, tp terpulang..

bila anda potong sendiri jadi kos membuat tag ini akan lebih murah.. itulah rahsianya..

selamat mencubaaaaaaaaa.........
tadaaa...

1 comment:

  1. Nk tnya puncher ek success ni boleh punch smpai brapa kali? Maksud sy boleh smpai 2k pcs sticker (2 ribu kali punch) bru mata dia tumpul? Sbb penah beli marvy uchida tp mata dia cepat tumpul n cepat rosak.dh la puncher ni mahal.he...

    ReplyDelete